GEORGETOWN: Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) berusia 23 tahun yang dikaitkan dengan kemalangan meragut nyawa dua rakan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, berhampiran susur ke Jambatan Pulau Pinang, ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, jam 1 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, berkata ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati negatif dadah.

"Pemandu itu akan direman esok bagi siasatan lanjut," katanya, di sini hari ini.

Abdul Rozak berkata, laporan bedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik (Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini mendapati punca kematian bagi mangsa lelaki yang juga penunggang motosikal berkenaan adalah akibat cedera parah di kepala dan leher.