LONDON: Barclays akan mengurangkan kira-kira 5,000 pekerjaan atau lima peratus daripada jumlah tenaga kerja tahun ini, menerusi penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) bagi mengurangkan kos tetap dan meningkatkan pulangan keseluruhan.
Pengurangan pekerjaan itu diumumkan ketika Barclays melaporkan keuntungan suku ketiga sebanyak £2.3 bilion (AS$3.08 bilion), meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu, tetapi lebih rendah daripada ramalan penganalisis susulan prestasi kurang memberangsangkan dalam perniagaan dagangan pendapatan tetapnya.
"Saya kecewa dan anda boleh yakin perkara ini akan mendapat perhatian saya," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), C.S. Venkatakrishnan, ketika mengulas prestasi dagangan pendapatan tetap yang secara tradisinya menjadi antara kekuatan bank itu.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F11%2Fd0968346154e2d67790b2b354f703ec9.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)