PUTRAJAYA: Malaysia akan menuntut Indonesia mengambil tindakan berkesan bagi menangani kebakaran yang menyebabkan jerebu rentas sempadan, apabila isu itu dibangkitkan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Manila awal bulan depan.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, berkata Malaysia menghormati hubungan dua hala dengan Indonesia, namun berhak menuntut langkah sewajarnya bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan rakyat negara ini.
"Malaysia bersedia membantu. Kita berharap Indonesia akan mempergiat usaha memadamkan kebakaran di puncanya serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab," katanya pada sesi bersama media berhubung situasi jerebu, di sini, hari ini.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F11%2Fd0968346154e2d67790b2b354f703ec9.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)