GEORGE TOWN - Pemandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang disyaki terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan dua penunggang motosikal di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, berhampiran susur Jambatan Pulau Pinang, di sini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada Khamis.Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, lelaki tempatan berusia 23 tahun yang berasal dari Bukit Jambul itu ditahan kira-kira jam 1 tengah hari selepas hadir menyerah diri.Menurutnya, ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati negatif dadah."Suspek akan direman pada esok (23 Oktober) bagi membantu siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Terdahulu, Mohamad Nazhif Faris Mohd Fauzi, 22, bersama rakan wanitanya maut selepas motosikal dinaiki mereka dilanggar sebuah kenderaan dari arah belakang di lokasi berkenaan.Kedua-dua mangsa yang berasal dari Padang Serai, Kedah itu meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kenderaan terbabit dipercayai melarikan diri.Abdul Rozak berkata, hasil bedah siasat mendapati penunggang motosikal lelaki maut akibat kecederaan parah di kepala dan leher susulan kemalangan jalan raya."Pembonceng motosikal wanita pula disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dalam kejadian berkenaan."Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan keadaan yang membawa kepada kejadian itu," katanya.
Dua rakan maut dilanggar, pemandu SUV serah diri

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 23 tahun menyerah diri selepas terlibat dalam kemalangan maut yang menyebabkan dua penunggang motosikal meninggal dunia.
- Pemandu SUV menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.
- Dua penunggang motosikal maut akibat kecederaan parah di kepala dan leher.
- Suspek akan direman untuk siasatan lanjut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Kosmo
Story details
- Published
- By
- SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Pemandu tidak mengaku salah langgar budak lima tahun hingga maut
- Sinar Harian Dua rakan maut dilanggar, pemandu SUV serah diri (this story)






