KUANTAN – Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dicadang diperluaskan merentasi negeri Pahang dalam memberikan kemudahan pengangkutan kepada rakyat negeri ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, laluan ECRL yang kini melibatkan Bentong, Temerloh dan Kuantan akan diperluaskan ke Pekan dan Rompin yang terletak di sempadan negeri Johor.
“Itu perancangan dan kita telah memohon serta memberitahu PlanMalaysia untuk masa depan dalam perancangan struktur negeri Pahang.
“Saya tidak mahu bila minta kita baru bagi cadangan sekarang mereka tidak minta lagi kita sudah kemukakan rancangan kita dah masukkkan dalam pelan,”katanya dalam sidang akhbar pada Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia di sini hari ini.









