RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) memperkukuh kawalan keselamatan sempadan bagi membendung kemasukan pendatang tanpa izin melalui laluan darat dan laut, khususnya di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, berkata pendatang tanpa izin memasuki negara ini melalui pelbagai laluan dan bukan hanya melalui Sungai Golok.

Beliau berkata, perkara itu berdasarkan taklimat diterima daripada wakil-wakil briged semalam.

"Mana-mana individu yang ditangkap kerana memasuki negara ini melalui laluan haram akan dikenakan tindakan penguatkuasaan diikuti prosiding undang-undang yang berkaitan.