KLUANG – Seorang lelaki warga tempatan maut selepas lori tangki dipandunya terbabas dan melanggar dua tiang elektrik di tepi jalan dalam kejadian di Kilometer 68 Jalan Yong Peng – Kluang berhampiran lapang sasar di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian pukul 7.30 pagi itu melibatkan Murugan Letchumanan, 40, yang memandu lori tangki dengan muatan makanan haiwan dari arah lampu isyarat Batu 4 menuju ke Bulatan di Taman Sri Lambak.

Katanya, tiba di tempat kejadian, lori berkenaan dipercayai hilang kawalan secara tiba-tiba sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar dua tiang elektri dan terbalik ke dalam semak.

“Akibat kejadian itu, pemandu lori telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kemalangan.