Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan permohonan Perikatan Nasional (PN) untuk menggantung tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang membatalkan pendaftaran gabungan itu.
Keputusan itu dibuat hanya sembilan hari sebelum hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dengan gabungan berkenaan berusaha mengekalkan hak untuk bertanding menggunakan nama dan lambangnya sendiri.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azizan Md Arshad memutuskan bahawa pembatalan pendaftaran PN pada 20 Oktober lalu tidak secara automatik menyebabkan permohonan penangguhan itu menjadi akademik.
Beliau berkata, mahkamah mendapati terdapat keadaan luar biasa yang mewajarkan penangguhan itu, khususnya mengambil kira kemungkinan kemudaratan terhadap aktiviti politik PN dan penyertaannya dalam pilihan raya akan datang.









