Key takeaways
Pemain gitar XPDC, Arif Izo, memilih Switzerland sebagai lokasi bulan madu meskipun kosnya tinggi, dengan berjanji akan bekerja keras untuk merealisasikan impian tersebut. Percutian ini dijangka berlangsung pada tahun depan kerana jadual kerjanya yang padat.
- Arif Izo dan isteri, Siti Nahirah, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober lalu.
- Jadual kerja Arif yang padat menyebabkan percutian bulan madu ditangguhkan ke tahun depan.
- Isteri Arif menguruskan majlis pernikahan seorang diri semasa dia sibuk dengan komitmen seni.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Kuala Lumpur : Pemain gitar kumpulan XPDC, Arif Izo, 29, memilih Switzerland sebagai lokasi percutian bulan madu bersama isteri tercinta, Siti Nahirah Maulad Sulaiman, 29, meskipun menyedari kos perbelanjaan di negara berkenaan agak tinggi.
Arif yang selamat mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober lalu berkata, dia sanggup bekerja keras bagi mencari rezeki demi merealisasikan impian perkahwinan mereka.
"Saya akui tempatnya mahal sedikit dan kedudukannya agak jauh. Tapi tak apalah, saya kena kerja keras untuk bulan madu pertama ini. Sekali seumur hidup.
"Yang penting kita dah merancang, dapat merasa sekali pun jadilah," katanya ketika ditemui Harian Metro.