Kuala Lumpur: "Alhamdulillah. Perikatan Nasional (PN) is back (kembali)."
Kenyataan ringkas daripada Parti Wawasan Negara (WAWASAN) dimuat naik di Facebook selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membuat keputusan membenarkan permohonan PN untuk menggantung tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang membatalkan pendaftaran gabungan itu.
Ia sekali gus memberi harapan kepada PN untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung 14 November ini.
Keputusan itu dibuat hanya sembilan hari sebelum hari penamaan calon bagi PRN Melaka, dengan gabungan berkenaan berusaha mengekalkan hak untuk bertanding menggunakan nama dan lambangnya sendiri.









