KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM) merampas 9,286 unit barang elektrik bernilai lebih RM1.33 juta hasil serbuan di Seri Kembangan, Selangor.

Dalam serbuan itu, seorang lelaki tempatan berusia 60-an yang juga pengurus gudang berkenaan ditahan bagi membantu siasatan kes penyeludupan barang elektrik tanpa kelulusan sah.

Pengarah Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wan Norizan Wan Daud memaklumkan, serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota di gudang persendirian di Bukit Belimbing pada 13 Oktober lalu.

"Hasil pemeriksaan di premis itu mendapati semua barang elektrik pelbagai jenis dan fungsi itu dipercayai tidak mempunyai Perakuan Kelulusan (CoA) daripada Suruhanjaya Tenaga serta SIRIM.