KUALA LUMPUR: Pelan tindakan penstabilan harga di Sabah, Sarawak dan Labuan perlu dirangka sebagai panduan utama bagi pelaksanaan langkah bersama kerajaan Persekutuan dan negeri demi memelihara kesejahteraan rakyat di ketiga-tiga wilayah berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata langkah itu penting bagi membolehkan semua pihak bersiap sedia mendepani cabaran ekonomi global serta ketidaktentuan geopolitik semasa yang memberi impak kepada harga barangan dan perkhidmatan.
"Pagi ini, saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penstabilan Harga di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan Bilangan 2 bagi Tahun 2026 di Bilik Persidangan ICU, Bangunan Perdana Putra.








