PETALING JAYA, – Sebanyak 9,286 unit barangan elektrik yang dipercayai tidak mempunyai kelulusan dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur dalam serbuan di sebuah gudang persendirian di Bukit Belimbing, Seri Kembangan, 13 Oktober lalu.
Sitaan membabitkan pelbagai jenis barangan elektrik itu dianggarkan bernilai RM1.01 juta, manakala duti import dan cukai terlibat berjumlah RM323,904, menjadikan nilai keseluruhan sebanyak RM1.33 juta.
Pengarah Kastam Kualq Lumpur, Wan Norizan Wan Daud berkata, serbuan tersebut dilakukan berdasarkan maklumat risikan daripada Ibu Pejabat JKDM.









