RIYADH: Angka kematian akibat serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam, timur Arab Saudi, malam tadi, meningkat kepada dua, manakala lapan lagi cedera.
Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA) Arab Saudi, hari ini, mangsa terkorban adalah masing-masing seorang rakyat Arab Saudi dan warga India.
REUTERS melaporkan GACA berkata, lapangan terbang itu kemudian kembali beroperasi seperti biasa.
Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, AFP melaporkan Amerika Syarikat (AS) mengarahkan kakitangan Kedutaan AS yang tidak penting dan keluarga mereka untuk keluar meninggalkan Arab Saudi.








