KUALA LUMPUR: Syarikat di bawah Kumpulan MyEG, Zetrix AI Bhd belum membuat sebarang pembayaran berhubung tunggakan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM314 juta.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ketika mengesahkan perkara itu berkata penggantungan syarikat juga tidak memberi kesan kepada pengguna dari segi urusan pembayaran saman atau perkhidmatan lain.

Ini kerana, katanya platform aplikasi pihak berkuasa tempatan masih beroperasi dengan lancar.

"Dari segi pembayaran (tunggakan), mereka masih belum (membuat bayaran) lagi.