Kuala Lumpur: Syarikat di bawah Kumpulan MyEG, Zetrix AI Bhd masih belum membuat sebarang pembayaran berhubung tunggakan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM314 juta.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang mengesahkan perkara berkenaan berkata, penggantungan syarikat itu juga tidak memberi kesan kepada pengguna dari segi urusan pembayaran saman atau perkhidmatan lain, memandangkan platform aplikasi pihak berkuasa tempatan masih beroperasi dengan lancar.
"Dari segi pembayaran, mereka masih belum (membuat bayaran) lagi.
"Urusan kutipan saman atau perkhidmatan lain itu masih dijalankan oleh MyJPJ dan bukan tiada pilihan lain," katanya ketika dalam sidang media Majlis Pelancaran Projek Pengindahan Stesen LRT Masjid Jamek, di perkarangan stesen berkenaan di sini, hari ini.










