SPRM berkata pihaknya menerima aduan rasmi pada Rabu lalu berkaitan isu tunggakan hutang RM314 juta MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd kepada JPJ.PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan bekerjasama dengan polis untuk menyiasat isu tunggakan hutang RM314 juta MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
SPRM berkata pihaknya menerima aduan rasmi berkaitan isu itu pada Rabu lalu dan akan bekerjasama rapat dengan polis untuk berkongsi maklumat mengikut bidang kuasa masing-masing.
"Polis akan menyalurkan apa-apa maklumat sekiranya wujud elemen rasuah untuk tindakan SPRM selanjutnya.
"SPRM mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak untuk menyalurkan maklumat lanjut berkaitan isu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.








