KUALA LUMPUR - Menyeludup barangan elektrik import tanpa kelulusan sebelum menjualnya kepada pengedar menggunakan invois pembelian tempatan antara taktik dibongkarkan menerusi serbuan di sebuah gudang persendirian di Bukit Belimbing, Seri Kembangan baru-baru ini.Serbuan dijalankan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur (WPKL) itu merampas 9,286 unit barangan elektrik pelbagai jenis dan fungsi yang dipercayai tidak mempunyai Perakuan Kelulusan (CoA) daripada Suruhanjaya Tenaga serta kelulusan SIRIM Berhad (SIRIM).Pengarah Kastam Kuala Lumpur, Wan Norizan Wan Daud berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk duti import dan cukai dianggarkan berjumlah RM1.33 juta.Menurutnya, nilai barangan yang disita dianggarkan RM1.01 juta, manakala duti import dan cukai yang terlibat berjumlah RM323,904."Pemeriksaan mendapati barangan elektrik berkenaan dipercayai tidak mempunyai Perakuan Kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga dan SIRIM."Dokumen kelulusan yang sah bagi barangan terbabit juga gagal dikemukakan ketika serbuan dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, serbuan itu dilaksanakan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan JKDM WPKL berdasarkan maklumat risikan daripada Ibu Pejabat JKDM."Seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 60-an yang merupakan pengurus gudang berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan."JKDM sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan pemilik barangan elektrik berkenaan untuk tindakan selanjutnya," katanya.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967."Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam di talian 1-800-88-8855 atau pejabat kastam terdekat dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan," katanya.
Taktik licik guna invois tempatan, gudang simpan barang elektrik haram diserbu

Key takeaways
JKDM Kuala Lumpur menyerbu gudang di Bukit Belimbing dan merampas 9,286 unit barangan elektrik import tanpa kelulusan SIRIM serta Suruhanjaya Tenaga. Seorang pengurus gudang ditahan untuk membantu siasatan.
- Nilai keseluruhan rampasan termasuk duti import dan cukai dianggarkan berjumlah RM1.33 juta.
- Barangan dipercayai diseludup tanpa kelulusan dan dijual menggunakan invois tempatan.
- Serbuan dijalankan berdasarkan maklumat risikan daripada Ibu Pejabat JKDM.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Sindiket dadah ubah taktik guna jet peribadi elak kawalan ketat
- Free Malaysia Today Guna model Singapura bela pekerja tempatan, kata Wee
- Sinar Harian Taktik licik guna invois tempatan, gudang simpan barang elektrik haram diserbu (this story)







