KUALA LUMPUR – Notis pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dua hari lalu, digantung oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.Hakim, Datuk Azizan Md Arshad memutuskan demikian membenarkan permohonan gabungan parti itu supaya notis berkenaan digantung sehingga prosiding subtantif semakan kehakiman didengar.Keputusan ini dibuat sembilan hari sebelum hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Melaka, dengan gabungan itu berusaha mempertahankan haknya untuk bertanding menggunakan nama dan logo sendiri.Semasa membaca keputusan, Azizan berkata, mahkamah mendapati wujud keadaan luar biasa yang mewajarkan penangguhan tersebut, khususnya potensi kemudaratan terhadap aktiviti politik PN serta penyertaannya dalam PRN."Mahkamah perlu menimbang kemungkinan berlakunya kemudaratan yang lebih besar, sama ada penangguhan itu dibenarkan atau ditolak," katanya.Pada Khamis, peguam, Tan Sri Azhar Azizan Harun yang mewakili PN manakala Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohd Zulfiqar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selaku responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Nurhaffiza Azizan.Pada 22 September, RoS mengeluarkan notis kepada PN, sebelum perintah penggantungan semua aktiviti gabungan itu berkuat kuasa pada 23 September.RoS pada 24 September lalu, mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti PN dengan tindakan itu diambil di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966.Lima pemimpin parti komponen PN, diketuai Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku pemohon pertama, kemudiannya memohon untuk semakan kehakiman bagi mencabar perkara itu.Empat pemohon lain ialah Setiausaha Agung Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Wong Chia Zhen; Setiausaha Agung Malaysian Indian People's Party, N Sathes Kumar; Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Setiausaha Agung Parti Pejuang Tanahair, Datuk Sazmi Miah.Dalam permohonan itu, Ketua Pengarah RoS, Datuk Muhammad Zulfiqar Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dinamakan sebagai responden-responden.Berdasarkan dokumen yang diperoleh, PN menyatakan, notis RoS itu memberi kesan kepada parti-parti di bawah gabungan tersebut yang akan bertanding pada PRN Melaka ke-16 kelak.PN mendakwa kegagalan menangguhkan atau membatalkan notis sebelum hari penamaan calon akan menjejaskan penyertaan gabungan dalam PRN.Dalam sijil perakuan segera yang difailkan bersama permohonan, PN turut mendakwa notis itu menghalang gabungan berkenaan menjalankan kegiatan politik seperti biasa, termasuk memberi kuasa kepada calon untuk bertanding menggunakan nama dan logo gabungan parti.Menurut gabungan itu, sebarang keputusan mahkamah selepas hari penamaan calon akan terlambat kerana peluang untuk meletakkan wakil menggunakan nama dan logonya, tidak lagi dapat dikembalikan.Selepas mendengar hujahan semua pihak, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azizan Md Arshad m
Mahkamah Tinggi gantung notis RoS isu pembatalan pendaftaran PN

Key points
- KUALA LUMPUR – Notis pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dua hari lalu, digantung oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.
- Pada 22 September, RoS mengeluarkan notis kepada PN, sebelum perintah penggantungan semua aktiviti gabungan itu berkuat kuasa pada 23 September.
- RoS pada 24 September lalu, mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti PN dengan tindakan itu diambil di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Free Malaysia Today
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN,MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Mahkamah gantung pembatalan pendaftaran PN
- Sinar Harian Mahkamah Tinggi gantung notis RoS isu pembatalan pendaftaran PN (this story)






