Kuching: Seramai 35 individu ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak selepas 26 kejayaan direkodkan menerusi empat operasi penguatkuasaan dalam tempoh 1 hingga 14 Oktober lalu, dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM5.77 juta.

Komander PGA Briged Sarawak, Datuk Lim Bak Phai berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 24 warga tempatan dan 11 warga asing.

Beliau berkata, pelbagai kesalahan dikesan termasuk penyimpanan dan penjualan rokok serta minuman keras disyaki tidak bercukai, penyelewengan diesel, penyeludupan beras, kesalahan imigresen, pemilikan dadah serta pengedaran produk sejuk beku tanpa permit sah.

"Menerusi Ops Taring Alpha, sebanyak 18 kejayaan direkodkan di Kota Samarahan, Padawan, Sibu, Bau, Kuching, Miri, Serian dan Bintangor.