KUALA LUMPUR: Unjuran pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) negara berada pada 58 peratus menjelang tahun 2030, berbanding 49 peratus pada tahun lalu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, katanya ia mengatasi unjuran global sebanyak 35 peratus.
Beliau berkata perkembangan itu mencerminkan kemajuan usaha negara dalam menjayakan agenda SDG.
Bagaimanapun katanya, masih banyak yang perlu diperkukuh bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai oleh seluruh rakyat.








