KUALA LUMPUR: Dr. Roket meletakkan sasaran untuk membantu 150,000 pelajar pascasiswazah menjelang 2030 menerusi platform pembelajaran digital Roket Valley bagi memudahkan akses kepada bimbingan akademik.

Pengarah Urusan 2M World Sdn. Bhd., Dr. Mohd. Khairul Nizam Zainan Nazri berkata, platform itu diwujudkan bagi membantu calon Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) merancang pengajian serta mengurus proses penyiapan tesis dengan lebih sistematik.

Menurutnya, Roket Valley membolehkan pelajar mendapatkan panduan asas sejak awal pengajian tanpa perlu menunggu sesi pembelajaran secara bersemuka.

“Lebih istimewa, buat masa ini kami menawarkan akses percuma kepada platform ini bagi membolehkan pelajar mendapatkan bimbingan awal untuk merancang perjalanan pengajian Sarjana atau PhD.