Setakat Ogos 2026, 45 pusat data telah siap dibina di Semenanjung Malaysia yang melibatkan kapasiti bekalan elektrik sebanyak 6,041MW, menurut Petra. (Gambar EPA Images)KUALA LUMPUR: Jumlah permintaan maksimum elektrik bagi industri pusat data di Semenanjung dijangka mencapai 8,391 Megawatt (MW) menjelang 2030, iaitu berdasarkan unjuran perancangan bekalan elektrik semasa.

Menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra), daripada jumlah itu, Johor dijangka merekodkan permintaan maksimum elektrik sebanyak 4,428MW, manakala Selangor sebanyak 1,481MW.

“Kedua-dua negeri ini merupakan lokasi tumpuan utama pembangunan pusat data dan pastinya memerlukan perancangan infrastruktur bekalan elektrik yang bersesuaian dengan pertumbuhan beban yang dijangkakan,” menurut kementerian itu.