Ketua Polis Temerloh Nasyim Bahron berkata 17 lelaki tempatan berusia 20 hingga 60 tahun ditahan dalam operasi dari 12 Okt hingga hari ini di sekitar Temerloh serta Mentakab.KUANTAN: Polis berjaya menumpaskan empat kumpulan disyaki terbabit kegiatan samun dan mencuri kabel milik syarikat laluan rel pantai timur (ECRL) dan Telekom Malaysia (TM) menerusi beberapa operasi dari 12 Okt hingga hari ini di sekitar Temerloh serta Mentakab.

Ketua Polis Temerloh, Nasyim Bahron, berkata sepanjang bulan lalu hingga bulan ini, dua kes samun stor simpanan kabel ECRL dan lima kes kecurian kabel TM dilaporkan di sekitar Temerloh, Mentakab serta Lanchang.

Menurutnya, 17 lelaki tempatan berusia 20 hingga 60 tahun ditahan dalam operasi itu, dengan kerugian dialami ECRL dan TM bagi semua kes itu dianggarkan berjumlah RM75,000.