Kuala Lumpur: Pihak pengurusan Waze menafikan aplikasi navigasinya menimbulkan risiko keselamatan, susulan arahan kerajaan yang melarang penjawat awam daripada menggunakan platform berkenaan.
Menurutnya, dakwaan Waze mengumpul maklumat sensitif kerajaan atau membenarkan mana-mana entiti mengeksploitasi data peribadi pengguna adalah tidak benar sama sekali.
"Waze beroperasi di bawah dasar privasi ketat yang melindungi data pengguna serta mematuhi piawaian perlindungan data undang-undang global," kata jurucakap Waze kepada New Straits Times.
Semalam, kerajaan mengarahkan semua penjawat awam menghentikan penggunaan aplikasi itu berkuat kuasa serta-merta.









