Kerajaan melarang penjawat awam menggunakan Waze ketika menjalankan tugas rasmi atas kebimbangan keselamatan berkaitan aplikasi itu tertakluk kepada undang-undang Israel. (Gambar fail)PETALING JAYA: Waze menepis dakwaan ia mengumpul maklumat sensitif kerajaan atau membenarkan mana-mana pihak mengeksploitasi data peribadi pengguna selepas Malaysia melarang penjawat awam menggunakan aplikasi itu ketika menjalankan tugas rasmi.

Jurucakap syarikat itu berkata, dakwaan berkenaan "tidak benar sama sekali".

"Waze beroperasi di bawah dasar privasi ketat bagi melindungi data pengguna dan mematuhi piawaian perlindungan data undang-undang global," katanya dalam kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada FMT.