MBPJ pada Ogos tahun lalu mengeluarkan notis mengarahkan papan iklan di sepanjang Lebuhraya Persekutuan itu diturunkan. KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memutuskan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bertanggungjawab terhadap kerugian berpunca daripada tindakan penguatkuasaannya ke atas struktur papan iklan di Lebuhraya Persekutuan, tahun lalu.
Dalam keputusan berhubung semakan kehakiman Danwan Corporation Sdn Bhd pada Isnin, Hakim Azizan Arshad memutuskan syarikat itu berhak menuntut ganti rugi, jika ada, yang boleh dikaitkan di sisi undang-undang dengan tindakan penguatkuasaan berkenaan.
Jumlah ganti rugi akan ditaksir secara berasingan mengikut peruntukan berkaitan dalam Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.








