ISTANBUL: Menteri Dalam Negeri Perancis, Laurent Nunez pada Jumaat mengumumkan pengerahan 70,000 anggota keselamatan menjelang protes di seluruh negara pada Sabtu, serta berikrar untuk mengambil tindakan tegas terhadap keganasan, lapor Anadolu Ajansi.

"Saya juga ingin memberi amaran kepada mereka yang mungkin datang untuk melakukan keganasan, kami tidak akan bertolak ansur. Kami akan bertindak dengan sangat, sangat, sangat tegas esok," kata Nunez dalam satu taklimat akhbar.

Beliau berkata, sebanyak 70,000 pegawai polis dan anggota tentera (gendarmerie) akan dikerahkan di ruang awam di seluruh negara.

"Kami akan melakukan segala yang perlu bagi mencegah penjarahan, tindakan keganasan dan serangan terhadap bangunan awam," kata Nunez.