KOTA BHARU: Presiden Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata terpulang kepada BERSATU untuk hadir mesyuarat Perikatan Nasional (PN) akan datang kerana itu hak mereka sebagai anggota parti gabungan.

Katanya, beliau tidak tahu sama ada BERSATU akan hadir atau sebaliknya apabila dipanggil mesyuarat akan datang.

"Itu terpulang kepada BERSATU, kalau nak hadir itu hak mereka sebagai anggota parti gabungan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada masa sama, Hamzah menegaskan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak pernah melakukan kesalahan yang melanggar Perlembagaan sehingga PN digantung.