London: Pengendali Brighton, Fabian Hurzeler menegaskan fokusnya ketika ini adalah mengekalkan permulaan cemerlang pasukannya musim ini, sekali gus enggan melayan spekulasi mengaitkannya dengan jawatan pengurus Manchester United.
Hurzeler, 33, berkata, beliau menghormati Michael Carrick dan tidak mahu mengulas lanjut mengenai spekulasi dirinya bakal menjadi calon pengganti pengendali United itu sekiranya kelab berkenaan membuat perubahan di pertengahan musim.
Kedudukan Carrick kini dikatakan terancam selepas United melalui tujuh perlawanan tanpa kemenangan, dengan kekalahan 1-4 kepada pendatang baharu Liga Juara-Juara, Como menjadi tamparan terbaru.
Prestasi menyerang Brighton yang cemerlang pada awal musim menyaksikan nama Hurzeler mula dikaitkan dengan jawatan di Old Trafford, sekiranya United melakukan pertukaran pengurus bagi musim ketiga berturut-turut.










