Pada 20 Sept lepas, Istana Negeri Sembilan umum Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir batal pelantikan kesemua exco kerajaan, berkuat kuasa serta-merta, dan pembatalan pelantikan diwartakan pada 24 Sept.PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 16 Dis ini untuk mendengar permohonan 10 bekas anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Negeri Sembilan bagi mencabar keputusan pemerintah negeri itu membatalkan pelantikan mereka bulan lepas.
Peguam Hafarizam Harun mewakili bekas exco, dan peguam Marisa Regina Mohd Aris Rizal yang mewakili kerajaan Negeri Sembilan, mengesahkan tarikh pendengaran itu ketika dihubungi Bernama, selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Azaraorni Abd Rahman.








