Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, bakal pembangun aplikasi boleh akses data seperti bilangan penumpang, kekerapan perkhidmatan dan jadual tren. KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mengalami sebarang gangguan susulan penggantungan Zetrix AI Bhd sebagai ejen kutipan, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.
Beliau berkata, orang ramai mempunyai saluran alternatif untuk mendapatkan perkhidmatan JPJ, sambil menambah tiada sebarang masalah timbul sepanjang dua minggu lalu.
"Kutipan saman dan perkhidmatan lain dijalankan oleh MyJPJ. Jadi, bagi pengguna, tidak ada gangguan dan tidak ada masalah," katanya pada sidang media.
"Pembaharuan cukai jalan dan pembaharuan lesen kenderaan masih boleh diakses oleh orang ramai seperti biasa kerana ramai yang telah beralih kepada penggunaan aplikasi MyJPJ."





