Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata generasi baharu dan pihak industri mesti ada kesediaan untuk memiliki keupayaan kalau mahu negara dibangunkan.KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyuarakan kekecewaan melihat 'pemikiran jumud' di Parlimen, sedangkan negara memerlukan wakil rakyat berbincang isu ekonomi dan industri.

Anwar membidas perbincangan yang masih terikat dengan pemikiran jumud ketika negara hendak 'menggapai langit' dengan menguasai teknologi kecerdasan buatan (AI), superkomputer, dan pengkomputeran berprestasi tinggi.

"Tanpa menguasai ini, kita hanya akan ketinggalan, dan ini masalah besar bagi negara kita," katanya dalam ucapan sempena majlis Anugerah Kecemerlangan Industri di Menara Miti.