PETALING JAYA – Seramai 15 individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan berkaitan kegagalan memindahkan hasil kerajaan bernilai lebih RM230.9 juta membabitkan My E.G. Services Berhad (MyEG) dan Zetrix AI Berhad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata demikian bagi mengulas perkembangan terkini siasatan kes berkenaan.

“Setakat ini, jumlah rakaman percakapan yang telah diambil adalah seramai 15 orang, iaitu 12 orang daripada JPJ dan tiga pegawai bank,” katanya ringkas hari ini.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan polis berhubung transaksi kewangan hasil kerajaan yang melibatkan kedua-dua syarikat berkenaan.