Pengarah Kanan Bahagian Kesihatan Awam Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dr Norhaliza Abdul Halim berkata pemandulan dapat mengawal pembiakan anjing dan mengurangkan populasi haiwan terbiar yang berpotensi menjadi punca penyebaran rabies. (Gambar fail)PASIR MAS: Tujuh kematian akibat rabies direkodkan di Malaysia setakat 12 Okt lalu membabitkan enam kes di Sarawak dan satu kes di Kedah, kata Pengarah Kanan Bahagian Kesihatan Awam Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Dr Norhaliza Abdul Halim.
Katanya, mangsa termasuk seorang lelaki 44 tahun di Kota Samarahan, Sarawak pada Februari lalu, seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun di Kuching pada Mac serta lelaki 31 tahun dari Kubang Pasu, Kedah, bulan lalu.








