Shah Alam: Semua institusi pendidikan di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN Selangor) beroperasi seperti biasa esok.

Memandangkan keadaan jerebu masa kini, JPN Selangor meminta semua pihak mengambil perhatian terutamanya dengan menggalakkan murid memakai pelitup muka di sekolah.

"Ibu bapa atau penjaga yang bimbang akan kesihatan anak-anak dibenarkan untuk tidak menghantar anak ke sekolah dengan syarat memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak sekolah.

"Semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan mengikut keadaan kualiti udara semasa.