Rantau Panjang: Pasukan Gerakan Am (PGA) merekodkan 11 kes kawat duri dipotong di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan antara 27 Mac hingga 12 Oktober tahun ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PGA Bukit Aman, Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi berkata tindakan penguatkuasaan diambil oleh PGA dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan.

Beliau berkata, kejadian itu dipercayai melibatkan perbuatan sengaja yang bertujuan mewujudkan laluan keluar masuk menerusi pagar sempadan bagi memudah cara aktiviti penyeludupan.

"Saya percaya pihak yang bertanggungjawab telah dikenal pasti berdasarkan maklumat yang dikumpul.