Melaka: Seramai 3,435 anggota polis dijangka ditugaskan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, termasuk 1,500 anggota bantuan dari luar kontinjen negeri itu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, penugasan itu membabitkan anggota kontinjen Melaka merangkumi petugas am dan pasukan khas, selain anggota bantuan yang akan diselaraskan Bukit Aman.
"Kita juga meminta bantuan luar sekitar 1,500 anggota untuk membantu penugasan bagi pilihan raya ini," katanya selepas taklimat sempena PRN Melaka Ke-16 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, hari ini.
turut hadir, timbalannya, Datuk Ahmad Jefferi Abdullah; Setiausaha Bahagian Pembangunan Operasi dan Pemantauan (BPOP) Suruhanjaya Pilihan Raya, Irwan Arma Idris dan Pengarah Keselamatan Negeri Majlis Keselamatan Negara Melaka, Norazle Sulaiman.









