Kuala Lumpur : Pelancaran Tim Nukleus Angkatan Siber pada 19 September 2026 oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sempena Hari Angkatan Tentera di Lumut, melakar sejarah baharu apabila merealisasikan gagasan Angkatan Siber daripada sekadar cadangan kepada pembentukan institusi ketenteraan yang sebenar.

Langkah strategik ini diambil berasaskan realiti konflik moden yang kini banyak dicorakkan oleh rangkaian digital dan spektrum elektromagnetik.

Dalam era peperangan era baharu, gangguan di domain maya mampu melumpuhkan sesebuah pasukan secara menyeluruh biarpun aset fizikal mereka masih berkeadaan utuh.

Sehubungan itu, penubuhan Tim Nukleus bukan bertindak sekadar unit teknologi maklumat (IT) biasa, sebaliknya menjadi batu asas kepada pertahanan siber dan elektromagnetik negara yang lebih tersusun, bersepadu, dan berpandukan doktrin yang mantap.