RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) merekodkan 11 kes kawat duri dipotong di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan antara 27 Mac hingga 12 Oktober lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PGA Bukit Aman, Datuk Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, berkata kejadian itu dipercayai bertujuan mewujudkan laluan keluar masuk menerusi pagar sempadan bagi memudah cara aktiviti penyeludupan.

"Saya percaya pihak yang bertanggungjawab telah dikenal pasti berdasarkan maklumat yang dikumpul.

"Bagaimanapun, dari segi kawalan keselamatan, sesiapa sahaja yang dikesan melakukan kesalahan akan ditangkap dan tindakan undang-undang selanjutnya akan diambil," katanya kepada media ketika mengadakan lawatan ke sempadan, di sini hari ini.