KUALA LUMPUR: Unjuran pencapaian negara dilapor meningkat kepada 58 peratus menjelang 2030 berbanding 49 peratus tahun lalu, mengatasi unjuran global sebanyak 35 peratus, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, perkembangan ini mencerminkan kemajuan usaha negara dalam menjayakan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

"Namun masih banyak perlu diperkukuh bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai oleh seluruh rakyat," katanya melalui perkongsian di Facebook.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis SDG Negara 2026 yang meneliti kemajuan pelaksanaan SDG di Malaysia.