KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan keputusan melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan penjawat awam bukan hanya berdasarkan asal usul teknologi itu semata-mata, tetapi turut mengambil kira undang-undang yang mengawal selia data pengguna.
Majlis Keselamatan Negara (MKN), dalam kenyataannya hari ini memaklumkan data adalah aset strategik negara dan kerajaan tidak akan berkompromi apabila data rakyat dan kedaulatan maklumat negara diletakkan di bawah bidang kuasa rejim Israel yang tidak diiktiraf Malaysia.
"Keputusan larangan itu berasaskan dua pertimbangan utama iaitu pertama, skop data terperinci yang dikumpulkan oleh Waze, termasuk data lokasi, pergerakan, perjalanan dan maklumat peranti pengguna.









