JAKARTA: Polis Indonesia menyenaraikan 11 syarikat, termasuk tiga firma pelaburan asing, sebagai suspek dalam siasatan berterusan berkait kebakaran hutan dan tanah di negara ini, menurut laporan agensi berita Antara.

Ketua Polis Negara, Jeneral Suyudi Ario Set, enggan mengumumkan nama syarikat berkenaan tetapi memaklumkan bahawa siasatan diteruskan tanpa halangan besar.

Beliau berkata, akauntabiliti akan mengatasi entiti korporat terbabit.

"Ini termasuk kedua-dua pemilik syarikat serta pemegang saham yang bertanggungjawab atas perbadanan yang dikaitkan dengan kebakaran hutan dan tanah di Indonesia," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Kabinet pleno di kompleks Istana Presiden di Jakarta, semalam.