WASHINGTON: Pengeluaran besar-besaran 'kereta terbang' boleh menyebabkan Tesla berdepan tindakan undang-undang dan berpotensi dikenakan denda berjuta-juta dolar berikutan isu keselamatan, menurut Profesor Emeritus Jay Ritter, Pengarah The IPO Initiative di Jabatan Kewangan, Insurans dan Hartanah Eugene Brigham, Warrington College of Business, Universiti Florida, kepada RIA Novosti.
Pada Ogos 2025, Tesla tewas dalam tuntutan mahkamah bagi mendapatkan ganti rugi berhubung kemalangan maut membabitkan kenderaan yang menggunakan sistem Autopilot pada 2019.
"Kos menanggung kekalahan dalam tuntutan mahkamah sebanyak AS$100 juta menyebabkan Tesla memutuskan bahawa tahap kebolehpercayaan 99.999999 peratus sekalipun masih tidak mencukupi. Amat sukar untuk menghasilkan kereta terbang dengan tahap kebolehpercayaan setinggi itu," kata Ritter ketika mengulas pembentangan Tesla Roadster 'terbang'.








