Texas: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk memperkenalkan kereta 'terbang' yang dilengkapi sistem pendorong ketika acara yang disiarkan secara langsung di kemudahan syarikat roket SpaceX miliknya di Texas, Khamis lalu.

Musk memperkenalkan kereta sport Roadster baharunya menerusi demonstrasi yang disiarkan secara langsung di akaun X Tesla.

Dalam demonstrasi itu, kereta berkenaan meluncur dari cerun keluli yang curam dan melakukan putaran penuh pada paksi membujur di udara sebelum mendarat menggunakan keempat-empat rodanya.

Beliau berkata, kereta sport dua tempat duduk itu dilengkapi 10 muncung dan tangki udara bertekanan ultra tinggi untuk melancarkan kenderaan itu ke udara serta membolehkannya memecut dengan pantas di atas tanah.