Ketua Pengarah MKN, Raja Nushirwan Zainal Abidin gesa seluruh warga perkhidmatan awam segera menghentikan penggunaan Waze bagi memastikan data pergerakan tidak terus dieksploitasi pihak luar. (Gambar Bernama)CYBERJAYA: Penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati melanggar arahan larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze yang berkuat kuasa serta-merta, kata Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Raja Nushirwan Zainal Abidin.
Beliau berkata pelaksanaan arahan yang dikeluarkan menerusi surat edaran Ketua Setiausaha Negara (KSN) Shamsul Azri Abu Bakar itu, dipantau secara rapi pada peringkat kementerian dan agensi oleh ketua jabatan masing-masing.
“Arahan ini terpakai serta-merta, daripada segi pelaksanaan arahan ini, ada caranya, tetapi secara umumnya kita serahkan kepada ketua jabatan masing-masing.








