Cyberjaya: Penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati melanggar arahan larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze yang berkuat kuasa serta-merta, kata Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin.
Beliau berkata, pelaksanaan arahan yang dikeluarkan menerusi surat edaran Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar itu, dipantau secara rapi pada peringkat kementerian dan agensi oleh ketua jabatan masing-masing.
"Arahan ini terpakai serta-merta, daripada segi pelaksanaan arahan ini, ada caranya, tetapi secara umumnya kita serahkan kepada ketua jabatan masing-masing.
"Tetapi apa pun, pelanggaran mana-mana arahan oleh KSN, ia membawa implikasi dari sudut tindakan disiplin," katanya dalam taklimat mengenai isu-isu semasa keselamatan negara di sini hari ini.









