Key takeaways
Presiden Persatuan OKU Sentral, Datuk Dr Ras Adiba Radzi, menasihatkan pemilik bangunan dan PBT untuk memastikan kemudahan mesra OKU benar-benar selamat dan boleh digunakan. Beliau menekankan keperluan mempercepat penambahbaikan infrastruktur di kawasan bandar dan luar bandar menjelang 2030.
- Pemasangan palang pengadang yang terlalu rapat di laluan landai menyukarkan pergerakan pengguna kerusi roda.
- Penambahbaikan infrastruktur perlu dipercepat di kawasan luar bandar dan pedalaman untuk menghadapi populasi warga emas.
- Ras Adiba mengulas kesukaran menggunakan laluan OKU di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Sungai Besi.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Kuala Lumpur: Pemilik bangunan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memastikan kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) bukan sekadar hanya disediakan, malah benar-benar boleh digunakan pengguna kerusi roda dengan selamat.
Presiden Persatuan OKU Sentral, Datuk Dr Ras Adiba Radzi berkata, perkara masih perlu diberi perhatian ialah menaik taraf penyediaan ramp (laluan landai) dan lebih dekat terutama di bangunan dan premis lama bagi memudahkan pergerakan pengguna berkerusi roda.
Katanya, penambahbaikan infrastruktur berkenaan perlu dipercepat bukan sahaja di bandar, malah luar bandar dan kawasan pedalaman sebagai persediaan menghadapi peningkatan populasi warga emas dan negara menua menjelang 2030.