KUANTAN - Seorang pemandu warga asing dikesan memandu sebuah bas persiaran tanpa lesen sah dalam pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Terminal Genting Highlands, Bentong pada Rabu.Unit Korporat JPJ Pahang memaklumkan, pemeriksaan kira-kira jam 12.30 tengah hari itu mendapati, bas berkenaan membawa kira-kira 20 penumpang warga tempatan dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands.Menurutnya, bas berkenaan ditahan untuk pemeriksaan selepas selesai menurunkan penumpang di terminal itu."Hasil pemeriksaan mendapati pemandu merupakan warga asing dan tidak memiliki lesen memandu kompeten (CDL) kelas E dan lesen vokasional (PSV) yang diperlukan untuk memandu bas persiaran."Ketika pemeriksaan, pemandu itu mendakwa kali pertama memandu bas tersebut dan hanya menggantikan pemandu sebenar yang tidak dapat bertugas pada hari berkenaan," katanya melalui kenyataan pada Khamis.Kenyataan itu menjelaskan, bas terbabit disita untuk tindakan lanjut."Tindakan penguatkuasaan turut diambil terhadap pemilik bas kerana membenarkan individu tanpa lesen memandu mengendalikan kenderaan tersebut," ujarnya.JPJ Negeri Pahang menegaskan aspek keselamatan penumpang tidak boleh dikompromi dan setiap pengusaha bas bertanggungjawab memastikan pemandu memiliki lesen memandu serta kelayakan yang sah sebelum dibenarkan beroperasi.
Lelaki warga asing dikesan pandu bas persiaran tanpa lesen sah - JPJ

Key takeaways
Seorang pemandu warga asing ditahan oleh JPJ di Terminal Genting Highlands kerana memandu bas persiaran tanpa lesen sah. Pemilik bas turut dikenakan tindakan penguatkuasaan kerana membenarkan individu tidak berkelayakan mengendalikan kenderaan.
- Pemeriksaan pada Rabu mendapati pemandu tidak memiliki lesen CDL kelas E dan PSV yang diperlukan.
- Bas tersebut membawa kira-kira 20 penumpang dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands.
- Pemandu mendakwa menggantikan pemandu sebenar yang tidak dapat bertugas pada hari kejadian.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NIK AMIRULMUMIN NIK MIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Kahwini Melayu Malaysia tak jadikan warga asing bumiputera – Saifuddin
- Malaysiakini (BM) KTMB siasat lelaki pandu kereta atas landasan kereta api
- Malaysiakini (BM) Jabatan Imigresen KL siasat dakwaan penyelewengan pas khas warga asing
- Sinar Harian Lelaki warga asing dikesan pandu bas persiaran tanpa lesen sah - JPJ (this story)









