KUANTAN – Seramai 14 individu termasuk 11 warga China masing-masing didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Kuantan pada Khamis selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pakatan jahat jenayah membabitkan penipuan pelaburan dan Love Scam.Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah terhadap kedua-dua kumpulan tertuduh yang didakwa secara berasingan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Cina oleh jurubahasa mahkamah.Mahkamah turut memerintahkan setiap tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.Pertuduhan pertama membabitkan tujuh warga China iaitu Li Jiaxiang, 37; Wang Zhidong, 32; Tai Yunxin, 35; Pang Youguang, 46; Sun Fanglei, 32; Hu Yu, 34; dan Huang Chao, 28.Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa berpakat melakukan penipuan dalam talian dengan menawarkan pelaburan tidak wujud di sebuah premis di Lorong Galing, Off Jalan Haji Ahmad, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam pada 7 Oktober lalu.Kumpulan kedua pula membabitkan tujuh individu termasuk tiga warga tempatan iaitu Tiong Chia Cheun, 31; Ong Kian Hee, 34; Na Jianguo, 33; Ni Peng, 29; Liu Jiachen, 29; Rolence Loo Chin Shiang, 32; dan Liu Jiayin, 19.Mereka didakwa berpakat melakukan penipuan dalam talian berkaitan Love Scam dengan menyunting gambar lucah sebelum memperdaya mangsa untuk membuat pembayaran.Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Kubang Buaya, di sini, kira-kira jam 9 malam pada 12 Oktober lalu.Pertuduhan terhadap kesemua tertuduh dibuat mengikut Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Pahang, Muhammad Najmi Zaki bin Amer Suhaimi.Tertuduh bagi pertuduhan pertama diwakili peguam Muhammad Saifuldin Ab Rahman, manakala kumpulan kedua diwakili Ahmad Syamsul Akmar Yusof.
Love Scam, pelaburan palsu: 14 termasuk 11 warga China didenda RM4,500

Key takeaways
14 individu, termasuk 11 warga China, didenda RM4,500 atas kesalahan penipuan pelaburan dan Love Scam.
- 14 individu didakwa melakukan penipuan pelaburan dan Love Scam di Pahang.
- Mereka didenda RM4,500 dan dijatuhi hukuman penjara jika gagal bayar denda.
- Kesalahan dilakukan di dua lokasi berbeza pada tarikh berbeza.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- NORAWAZNI YUSOF
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Love Scam, pelaburan palsu: 14 termasuk 11 warga China didenda RM4,500 (this story)









